Saturday, 7 December 2019

Buang Kenegaraan - Lagu negaraku versi bahasa cina


SESIAPA SAHAJA YANG MENYUMBANG KEPADA NYANYIAN LAGU NEGARAKU MESTI DIBUANG KERAKYATAN. SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK, BUANG KERAKYATAN ADALAH HUKUMAN TERBAIK.

Saya berasa amat marah dan geram apabila KPM telah sengaja atau tidak membenarkan penggunaan bahasa Mandarin ketika menyanyikan lagu Negaraku! Ini amat MEMALUKAN dan ianya berniat jahat.

Petikan kenyataan beliau:
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, penggunaan bahasa Mandarin ketika menyanyikan Negaraku semasa PdP itu bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan oleh rakyat negara ini.

Apa yang beliau cakapkan ini telah membuktikan bahawa murid di sekolah vernakular (Sek. Jenis Kebangsaan) GAGAL menguasai Bahasa Kebangsaan dan sekaligus mengesahkan bahawa sekolah vernakular tidak mematuhi Prinsip Rukun Negara dan Jati Diri Kenegaraan.
KPM wajib bertanggungjawab dan perlu diambil tindakan ke atas tindakan guru, Guru Besar, PPD dan JPN yang membenarkan perkara ini berlaku! Hukuman setimpal adalah buang kerja dan buang kerakyatan.

Selaku KPPM, Datuk Dr Amin Senin sepatutnya mendukung perlembagaan dan bukan membelakangkan Rukun Negara. Ini melibatkan jati diri murid untuk negara.

Sekali lagi, saya bertegas mendesak KPPM untuk meletakkan jawatan serta merta kerana terbukti telah membelakangkan RUKUN NEGARA!

0 comments: